Tuesday, September 9, 2008

Punggung Gebu Janda Muda Basah akhirnya

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di
sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda
menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki
yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta
Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli
perniagaan yanmg berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia
bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak
menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian
bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun
makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah
hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.

Dalam
sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau
amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja
yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan
lagi, telah sekian lama Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan.
Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali.
Gersang rasanya. Perasaan Imah semakin resah. Tidak sabar Imah
menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan
jantungnya makin memuncak.

Tuk!!! Tukkk! Tiba-tiba tingkap
rumahnya diketuk orang. “Ohhhh! Syukurlah!!!” kata Imah di dalam
hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.

Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan
30an berambut Mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun
membalas senyuman itu dengan rasa gembira bercampur bimbang. Senyuman
mereka berdua jelas kelihatan didalam samar-samar cahaya torch light
milik lelaki itu.

Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan
kanannya lalu disambut oleh Imah. Inilah saat pertama kalinya Imah
memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal dunia. Peluh Imah
keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.

Lelaki itu memimpin Imah berjalan. “Adik duduklah di sini” kata
lelaki itu. Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau
mengikut sahaja apa arahan lelaki itu. Tiba-tiba Imah terasa
punggungnya menjadi dingin.

Dingin dan sejuk akibat air telah
mula membasahi punggungnya yang gebu itu. Dugaan ini memang hebat. Tak
pernah Imah merasa punggungnya sebasah ini. Imah cuba mengawal dirinya
dan bermuka selamba.

… sekejap… ada malaikat lalu…

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu
berkata “Ohhh!! Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya
basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah
selamat!”

Jawab Imah “Yalah!! Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni
nampaknya
semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan
terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya
ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini”.

Lelaki tadi
terus menghidupkan semula enjin sampannya lalu terus ke pusat
pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan. Begitulah
kisah bagaimana punggung Imah jadi basah…

Hehehe. Korang ingat ape hah?

———
MORAL: Hulurkanlah bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

karya : jamal

tag:

No comments: